suria

Labah-Labah Gergasi Berbulu Gemparkan Penduduk Timur Laut India

GAUHATI: Labah-labah gergasi yang menggigit telah menyerang penduduk kampung dan mencetuskan panik apabila muncul di kawasan terpencil di timur laut India, menurut pegawai.

Tetapi mereka berkata percubaan penduduk tempatan merawat bengkak yang menyakitkan disebabkan oleh gigitan mungkin lebih berbahaya daripada labah-labah itu sendiri.

Dua mangsa yang didgigit telah meninggal dunia di daerah Tinsukia.

Pihak berkuasa berkata adalah tidak jelas sama ada mereka mati akibat racun atau rawatan oleh dukun yang membuat torehan dengan pisau cukur sehingga luka untuk mengeluarkan bisa.

Majistret tempatan, Kishore Thakuria berkata mangsa telah dibakar sebelum pembedahan dilakukan.

Satu lagi mangsa dengan tujuh kesan gigitan telah dirawat dengan antibiotik untuk melawan jangkitan selepas mereka juga cuba untuk merawat kecederaan, kata Dr.Anil Phapowali di hospital tempatan di bandar Sadiya.

Labah-labah berbulu pertama kali dilihat hampir sebulan lalu merentasi dataran berumput daerah Tinsukia dan hutan hutan tebal utara Sungai Brahmaputra.

Ahli ekologi Universiti Dibrugarh di Assam, L.R. Saikia, berkata ia mungkin spesies tarantula yang sebelum ini tidak diketahui.

"Ia kelihatan seperti satu spesis baru. Kami masih belum dapat mengenal pasti," katanya, Selasa.

Pegawai tidak boleh menggunakan anti-racun dalam merawat mangsa gigitan sehingga spesies dapat dikenalpasti.

Sementara itu, orang kampung sentiasa memasang lampu pada waktu malam dan mengawal labah-labah daripada memasuki pondok yang diperbuat daripada lumpur dan daun kelapa mereka.

Terdapat kira-kira 100,000 orang kampung, kebanyakannya petani miskin, yang tinggal di kawasan yang terputus daripada jalan-jalan di tepi sungai.

Pegawai-pegawai berkata labah-labah ini juga kini muncul di selatan Brahmaputra.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain