suria

Janet Jackson Akan Terbit Dokumentari Tentang Transgender

LOS ANGELES: Janet Jackson telah dilantik sebagai penerbit eksekutif bagi sebuah dokumentari mengenai kehidupan golongan transgender di seluruh dunia.

Branchild Films yang berpangkalan di New York itu mengumumkannya pada Isnin bahawa Janet sedang merancang sebuah dokumentari berjudul “Truth” dan akan mengadakan beberapa temuramah di hadapan kamera.

Dokumentari itu akan memulakan penggambaran pada musim panas ini dan akan akan memfokuskan kehidupan dan keperitan transgender.

Kakak kepada Michael Jackson, yang berusia 47 tahun itu telah membintangi dalam beberapa filem dan memenangi lima Anugerah Grammy.

“Truth” akan diarahkan oleh Robert Jason, yang sebelum ini mengarahkan sebuah dokumentari untuk The Style Network mengenai empat penduduk New York yang menjalani kehidupan sebagai transgender.

Beliau berkata, “Truth” akan memaparkan beberapa cerita dari Amerika Utara, Eropah, Australia dan Amerika Latin. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain