suria

Tembakan Di Toronto Mall: Seorang Terbunuh, Enam Cedera

TORONTO: Seorang lelaki terbunuh dan enam orang lain cedera di mana dua daripadanya dalam keadaan kritikal dalam satu kejadian tembakan di pusat membeli-belah di pusat bandar Toronto pada Sabtu.

Salah seorang mangsa yang berada dalam keadaan kritikal adalah seorang budak lelaki berusia 13 tahun, kata seorang jurucakap polis.

Seramai tujuh orang ditembak atau tercedera manakala seorang wanita hamil terjatuh ketika keadaan menjadi huru-hara.

Polis berkata, penembak itu masih lagi bebas.

"Ia adalah sesuatu dahsyat apabila anda mendengar sesuatu seperti ini. Saya merasai apa yang dirasai oleh keluarga mangsa dalam jenayah yang dahsyat ini," kata Toronto Mayor Rob Ford, yang jelas kelihatan terkejut, kepada pemberita di tempat kejadian.

Kejadian tembakan berlaku selepas pukul 6 petang di medan selera di Eaton Centre di salah satu destinasi pelancongan terbaik di bandar Toronto.

Beberapa saksi yang ditemuramah oleh stesen televisyen tempatan berkata, mereka mendengar lebih daripada berbelas-belas tembakan, yang mencetuskan keadaan huru-huru menyebabkan semua orang bergegas melarikan diri. - REUTERS

Artikel Berikut

Artikel Lain