suria

Perdana Menteri Jepun Bakal Rombak Barisan Kabinet

TOKYO: Perdana Menteri Jepun dijangka merombak barisan Kabinetnya dalam usaha mendapatkan sokongan pembangkang untuk meluluskan Rang Undang-undang bagi menaikkan cukai.

Perdana Menteri, Yoshihiko Noda berkata, beliau sedang berbincang dengan wakil pembangkang yang mendesak supaya dua menteri digugurkan.

Stesen televisyen NHK melaporkan rombakan Kabinet itu dijangka dilakukan pada Isnin.

Noda pada Ahad bertemu penggubal undang-undang parti, Ichiro Ozawa, yang menentang kenaikan cukai.

Mereka tidak mencapai persetujuan dan Perdana Menteri memerlukan sokongan pembangkang untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain