suria

Bilangan Penganggur Di Sepanyol Menurun Kepada 4.71 Juta Orang

PARIS: Bilangan mereka yang sedang mencari pekerjaan di Sepanyol menurun sedikit sebanyak 0.63 peratus kepada 4.7 juta orang, yang memperlihatkan penurunan dua kali berturut-turut, kata Menteri Tenaga Buruhnya pada Isnin.

Menurut statistik negara itu, Sepanyol mencatatkan kadar pengangguran tertinggi dalam dunia perindustrian, dengan 24.44 peratus daripadanya tidak berbuat apa-apa.

Bagi perbandingan selama 12 bulan, kadar pengangguran masih lagi tinggi, bagaimanapun seramai 524,463 sedang mencari pekerja, satu peningkatan 12.52 peratus.

“Kami sedang berada dalam fasa kedua kemelesetan ekonomi di mana ia tidak seburuk seperti yang (pertama) sehingga memberi kesan negatif dalam penggajian pekerja,” kata Menteri Tenaga Buruh, Engracia Hidalgo. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain