suria

Facebook Kendali Undian Mengenai Pertukaran Polisi Privasi Kali Kedua

SAN FRANCISCO: Facebook pada Jumaat membuka undian kepada lebih 900 juta pengikutnya untuk mengetahui sama ada mereka bersetuju dengan pertukaran polisi privasi yang diperkenalkan bulan lalu.

Undian di laman "Facebook Site Governance Vote" akan ditutup pada 8 Jun pada pukul 9 pagi waktu tempatan.

Undian itu dianggap sah sekiranya lebih 30 peratus pengguna aktif Facebook mengambil bahagian, kata Naib Presiden Komunikasi Elliot Schrage.

Facebook melakukan undian polisi privasi pertamanya pada 2009 apabila rangkaian sosial itu memiliki hampir 200 juta pengikut.

Syarikat itu semakin berkembang dengan memiliki hampir 1 bilion pengguna dan memperoleh keuntungan mencecah bilion dolar.

"Hari ini kami mengirim dua dokumen cadangan dan meminta anda untuk menyertai undian kedua yang dikendalikan kami," kata Schrage.

Artikel Berikut

China Tahan Perisik AS

Artikel Lain