suria

Ekonomi AS Kembali Parah - Firma Perunding Ekonomi

WASHINGTON: Ekonomi Amerika Syarikat (AS) kini kembali parah apabila hanya 69,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada bulan Mei, menjadikan angka berkenaan paling sedikit dalam setahun.

Buat kali pertama sejak Jun tahun lalu, kadar pengangguran meningkat kepada 8.2 peratus daripada 8.1 peratus.

Ia adalah bulan ketiga berturut-turut pertumbuhan lemah dalam sektor pekerjaan, bukti kukuh apabila 2010 dan 2011 harapan terhadap pertumbuhan positif ekonomi negara itu bertukar kekecewaan.

"Ini adalah dahsyat," kata ketua ahli ekonomi di firma perundingan Ekonomi Frekuensi Tinggi, Ian Shepherdson.

Statistik pekerjaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada Jumaat, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Presiden Barack Obama menjelang kempen pilihan raya umum.

Artikel Berikut

China Tahan Perisik AS

Artikel Lain