suria

Pelancong Czech Di New Zealand Didera Sebelum Dibunuh

WELLINGTON: Polis berkata seorang pelancong Czech di New Zealand telah didera secara seksual dan dibunuh oleh seorang lelaki yang kemudiannya membunuh dirinya sendiri.

Polis menemui mayat pelancong berusia 31 tahun Dagmar Pytlickova dan Jason Frandi berusia 43 tahun pada hari Ahad di dalam hutan.

Bedah siasat pada Rabu menunjukkan Pytlickova mengalami kecederaan leher dan Frandi cedera di pergelangan tangan yang disengajakan.

Menurut Inspektor Greg Williams, Pytlickova telah melancong ke negara ini sejak Januari dan baru-baru ini bekerja di ladang anggur di bandar Cromwell.

Beliau berkata dia meninggalkan Cromwell petang Sabtu dan merancang berkunjung ke Timaru bersama Frandi yang mengambilnya, memandu ke hutan - sebelum membunuhnya.

Frandi pernah menjalani hukuman penjara tiga setengah tahun kerana melarikan wanita.

Artikel Lain