suria

Industri Minyak Di Iran Tergendala Kerana Virus Komputer

TEHRAN: Seorang pegawai kanan tentera Iran berkata industri minyak Iran secara ringkasnya terjejas oleh virus komputer yang berkuasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Virus tersebut mempunyai keupayaan meragut-data dan boleh menbocorkan rahsia pengguna komputer.

Gholam Reza Jalali, yang mengetuai unit tentera Iran dan bertanggungjawab memerangi sabotaj, pada Rabu berkata pakar-pakar di Iran telah menemui dan menghapuskan virus "Flame".

Jalali memberitahu radio negeri bahawa industri minyak hanya satu-satunya badan kerajaan yang terjejas dan semua masalah telah diselesaikan.

Artikel Lain