suria

Lukisan Datin Julia AW Dipamer Di Galeri Seni Delhi

NEW DELHI: Hasil lukisan Datin Julia Aw Kam Hei buat pertama kalinya dipamer di New Delhi pada pameran seni tahunan ke-10 Delhi Collage of Art 2012.

Aw, yang merupakan isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Tan Seng Sung berkata beliau telah lama meminati bidang lukisan dan mula melukis secara serius sejak di Geneva, Switzerland pada 1994.

"Saya belajar daripada artis profesional di Geneva dan sejak itu telah melukis serta menyertai pelbagai pameran," katanya ketika ditemui pada pameran itu di sini.

Hasil lukisan beliau, bersama beberapa lukisan lain dipamer di galeri itu mulai 25 Mei hingga 31 Mei, 2012.

Minat saya terhadap air dan ombak, menyebabkan semua lukisan saya mempunyai sentuhan sama ada satu atau kedua-dua elemen itu, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain