suria

Iran Lancar Semula Kapal Selam Buatan Rusia

TEHRAN: Stesen TV Iran melaporkan tentera laut negara melancarkan semula salah satu kapal selam buatan Rusia selepas membaiki sistemnya dengan alat ganti buatan tempatan.

Sejak 1992, Iran cuba untuk membina satu program ketenteraan sendiri yang mencukupi.

Laporan pada Selasa berkata kakitangan tentera laut sendiri memulihkan Taregh, salah satu kapal selam 3 kelas Kilo, menggantikan 18,000 komponen termasuk perlindungan radar, bahagian enjin, kipas-kipas dan radar.

Televisyen negeri menayangkan video pelancaran semula di pelabuhan Iran.

Iran menambah tiga kapal selam armada kelas Kilo dalam air pada awal tahun 1990 tidak lama selepas ia mengaskan unit kapal selam.

Beberapa kapal selam kecil buatan Iran juga telah digunakan oleh tentera lautnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain