suria

12 Terkorban Kemalangan Jalan Raya Di Bangladesh

DHAKA: Polis di Bangladesh berkata bas yang dipandu laju bertembung dengan sebuah kereta di luar ibu kota, membunuh 11 penumpang bas dan pemandu kereta.

Pegawai polis Sakhwat Hossain berkata kemalangan pada Rabu berlaku di kawasan Keraniganj berhampiran Dhaka.

Beliau berkata sembilan orang mati di tempat kejadian manakala dua lagi mati akibat kecederaan dalam perjalanan ke hospital.

Hossain berkata kebanyakan mangsa sedang menuju keluar dari bandar untuk bercuti.

Kemalangan jalan raya maut sudah menjadi kebiasaan di Bangladesh, terutamanya kerana peraturan lalulintas yang longgar dan keadaan jalan raya yang teruk.

Kemalangan didakwa meragut sehingga 12,000 nyawa setahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain