suria

Setengah Juta Khinzir Akan DiHapuskan Di Chile Ekoran Aduan Busuk Dan Rusuhan

SANTIAGO (Chile): Hampir setengah juta khinzir akan dihapuskan dari sebuah ladang ternak terbesar di sini selepas kerajaan memutuskan untuk menutup kilang memproses daging khinzir ekoran aduan daripada orang ramai dan kekecohan baru-baru ini.

Para penduduk di sebuah pekan bernama Freirina, di wilayah Atacama telah menyekat laluan ke ladang menternak khinzir seminggu lalu sebagai protes ke atas bau busuk yang keterlaluan yang berpunca dari ladang dan juga rumah penyembelihan tersebut.

Sebelum itu beratus pekerja ladang telah lari meninggalkan tempat kerja mereka selepas berlakunya kekecohan yang bertukar menjadi ganas antara mereka dengan penduduk sekitar.

Khinzir yang dibiarkan kelaparan dan dahaga telah mati kebuluran selepas lima hari.

Khuatir malapetaka itu akan bertukar menjadi satu wabak, kerajaan Chile campur tangan dengan menutup rumah penyembelihan itu dan mengarahkan pemilik ladang memindahkan khinzir ternakan mereka ke tempat lain dalam tempoh enam bulan.

Artikel Lain