suria

Pelancong Jerman Ditembak Ketika Sedang Santai Di Pantai Papua

JAYAPURA (Indonesia): Seorang pelancongan Jerman telah ditembak tiga kali ketika dia sedang bersantai di pantai dekat Port Numbay.

Tembakan itu dilepaskan dari sebuah kereta jenis Avanza lalu mengenai belakang, dada dan kaki pelancong itu kata jurucakap polis, Saud Usman Nasution kepada pemberita pada Selasa.

"Nama mangsa itu ialah Dietmar Pieper, seorang doktor berusia 55 tahun dari Jerman. Dia kini sedang dirawat di Hospital Jayapura," katanya.

Pieper, sedang dalam percutian bersama isterinya di Pulau Papua yang dahulunya dikenali sebagai Irian Jaya iaitu wilayah paling hujung dalam kepulauan Indonesia.

Artikel Lain