suria

Panasonic Umum Kurangkan Pekerja Kepada Separuh

TOKYO: Dalam situasi ekonomi dunia yang masih tidak menentu, gergasi elektronik Panasonic mengumumkan bahawa mereka berhasrat untuk mengurangkan jumlah kakitangan di ibu pejabat sehingga separuh tidak lama lagi.

Panasonic kini memiliki 7,000 orang pekerja di ibu pejabatnya di Osaka.

Keputusan ini diambil ekoran kerugian besar yang dialami oleh syarikat itu tahun lalu.

Panasonic berkemungkinan besar akan menawarkan skim pemberhentian awal kepada sebahagian besar kakitangannya yang berusia lanjut dengan langkah kedua menghantar kakitangan yang berlebihan ke subsidiari.

Buat masa ini rundingan dengan pihak kesatuan akan dijangka bermula seawal bulan Julai.

Syarikat itu telah mencatatkan kerugian sehingga AS$9.7 bilion sehingga Mac tahun ini walaupun ia menjangkakan keuntungan untuk tahun kewangan 2012.

Presiden Panasonic, Fumio Ohtsubo telah pun mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai mengambil pertanggungjawaban ke atas kerugian besar tersebut.

Artikel Lain