suria

Insiden Pergaduhan: Shah Rukh Khan Mohon Maaf

NEW DELHI: Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan memohon maaf di atas kelakuannya pada perlawanan final kriket di Mumbai apabila beliau cuba memasuki padang selepas tamat permainan.

Pelakon itu yang merupakan pemilik bersama pasukan Kolkata Knight Riders yang memenangi perlawanan final pada Ahad lalu mahu membawa sekumpulan kanak-kanak termasuk anak perempuannya ke luar padang Stadium Wankhede sejurus perlawanan tamat pada 16 Mei lalu.

Apabila pengawal keselamatan menghalang mereka, Khan bertengkar dengan beberapa pegawai dalam tempoh 10 hingga 15 minit sebelum akur dengan arahan tersebut.

Khan, 46, yang menafikan beliau mabuk tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke stadium tersebut selama lima tahun.

"Saya mahu meminta maaf kepada kanak-kanak di atas kelakuan buruk saya tempoh hari. Saya sepatutnya memberikan contoh terbaik kepada mereka," katanya.

Artikel Lain