suria

Bekas Panglima Udara Dicadang Sebagai Duta Besar Indonesia Ke Malaysia

JAKARTA: Bekas Panglima Tentera Udara Indonesia ketua Marsyal Udara (B) Herman Prayitno telah dicadangkan kepada Dewan Perwakilan untuk dipertimbangkan sebagai Duta Besar baru Indonesia ke Malaysia.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menamakan Herman sebagai calon itu, bersama 19 calon duta besar lain untuk dipertimbangkan mewakili Indonesia di 20 negara, harian berbahasa Inggeris The Jakarta Post melaporkan pada Selasa.

Jawatan duta besar ke Malaysia itu telah kosong selama hampir setahun.

Herman, lulusan Akademi Tentera bersama Yudhoyono pada 1973.

Harian itu berkata jawatan wakil tertinggi di Kuala Lumpur itu dianggap "penting dari segi politik dan ekonomi", memandangkan terdapat kira-kira tiga juta rakyat Indonesia kini bekerja di Malaysia. - BERNAMA

Artikel Lain