suria

NGO Indonesia Adakan Bengkel Wujud Budaya 'Minat Berjalan Kaki'

JAKARTA: Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)mengadakan bengkel pada hujung minggu di Yogyakarta bagi mendorong pejalan kaki menghidupkan budaya "minat berjalan kaki" di kalangan penduduk tempatan.

Bengkel tersebut mengenal pasti pelbagai masalah yang sering dihadapi pejalan kaki dan memberi panduan untuk menikmati pengalaman berjalan kaki dalam hiruk pikuk kota raya Yogyakarta.

"Idea mengadakan bengkel itu berikutan perhatian berat kami terhadap keadaan pejalan kaki dan kemudahan untuk mereka di Yogyakarta," kata Kristanti Wisnu Aji Wardani, seorang aktivis sukan itu kepada harian Inggeris The Jakarta Post.

Bengkel itu, kata beliau, antara lain merangka laluan pejalan kaki dan garis panduan untuk mereka dan pelancong.

Sementara itu, Armely Meiviana, seorang aktivis dari Green Map Yogyakarta berkata pemetaan tidak selalunya muncul dalam bentuk peta bercetak tetapi juga dalam bentuk media, mengandungi artikel atau maklumat mengenai objek menarik di bahagian tertentu kota raya itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain