suria

Keluarga Diraja Britain Kini Bernilai £44.5 bilion

LONDON: Ahli keluarga diraja Britain kini bernilai £44.5 bilion — dan dari kekayaan tersebut mereka menjana tambahan £26.4 bilion kepada ekonomi negara itu, demikian menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini.

Seandainya kekayaan keluarga diraja Britain itu boleh dicagar dan dijual sebagai sebuah entiti perniagaan, nilainya adalah melebihi kekayaan terkumpul Tesco dan Marks & Spencer yang disatukan.

Jumlah nilai kekayaan keluarga diraja itu termasuklah £18.1 bilion dalam bentuk aset, seperti mahkota diraja, hasil karya seni yang tersimpan dalam koleksi keluarga diraja, istana dan juga hartanah diraja.

Brand Finance yang membuat kajian tersebut turut menilai Sistem Waran Diraja yang setakat ini memberi keizinan kepada lebih 800 buah firma menggunakan nama diraja di dalam logo atau jenama mereka. Keluarga diraja menjana £4 bilion menerusi sistem waran berkenaan.

Dari sudut pendapatan kepada negara pula, Ratu dan juga ahli keluarganya menjana tidak kurang £500 juta setahun menerusi industri pelancongan.

Total aset tidak ketara yang dihasilkan menerusi keluarga diraja adalah dianggarkan sebanyak £34 bilion.

Bagaimanapun jumlah ini perlu di offset dengan £7.6 bilion yang perlu dibelanjakan untuk kos pelbagai termasuklah £3 bilion dalam bentuk keselamatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain