suria

Tujuh Pelajar Maut Letupan Gas Di Algeria

ALGIERS: Satu letupan gas di kantin Universiti Bakhti Abdelmajid, Algeria mengakibatkan tujuh pelajar terbunuh manakala 28 yang lain cedera.

Ketika kejadian, pelajar universiti terbabit sedang makan malam di Tlemcen, iaitu 520 kilometer barat daya ibu kota Algiers.

Ketua jabatan kerja raya universiti berkata, gas terbabit terkumpul di tingkat bawah tanah bangunan susulan daripada kebocoran.

Bagaimanapun, Universiti Bakhti Abdelmajid juga disifatkan dalam keadaan usang sebelum letupan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain