suria

Michelle Obama Hadiri Konsert Beyonce

BANDAR ATLANTIK: Wanita pertama, Michelle Obama menghadiri konsert Beyonce di Bandar Atlantik.

Obama berada di Revel Resorts bersama dengan dua anak perempuannya iaitu Sasha dan Malia di mana Beyonce membuat persembahan pada Sabtu malam.

Konsert Beyonce di Bandar Atlantik merupakan yang pertama selepas selepas penyanyi itu melahirkan seorang anak perempuan bernama Blue Ivy pada Januari lalu.

Hadiran bersorak apabila Obama yang berpakaian warna hijau masuk untuk mendapatkan tempat duduk.

Ada yang mengambil gambar malah ada yang juga menjerit nama isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Seorang peminat menjerit: "Ini adalah sejarah!". - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain