suria

Lelaki Bersenjata Bunuh Seorang, Cederakan Lapan Orang Di Finland Ditangkap

HELSINKI: Seorang lelaki bersenjata berusia 18 tahun yang membunuh seorang dan mencederakan lapan yang lain dalam kejadian tembak-menembak di selatan bandar Finland, telah ditahan, kata polis Sabtu.

Pegawai polis menahan suspek di luar Hyvinkaa, kira-kira lima jam selepas dia melepaskan tembakan ke arah orang awam dari atas bumbung pada pukul 2 pagi (2300 GMT, Jumaat), kata Ketua Detektif Inspektor Tuominen Markku .

Suspek, seorang lelaki tempatan dari Hyvinkaa, 50 kilometer (30 batu) di utara bandar Helsinki, tidak menghalang penangkapan, kata Tuominen.

"Lelaki itu ditemui dengan dua senjata ... termasuk senapang memburu," kata Tuominen, sambil menambah polis tidak mungkin mengetahui motif sementara siasatan dijalankan.

Lelaki bersenjata ini membunuh seorang gadis berusia 18 tahun dan mencederakan dua yang lain yang berada dalam keadaan kritikal, termasuk seorang pegawai polis berusia 23 tahun yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas menerima isyarat polis di Hyvinkaa.

Tembakan bukan perkara biasa di Finland di mana terdapat 650,000 pemilik senapang diiktiraf secara rasmi di kalangan 5.4 juta penduduk, yang menggunakannya untuk memburu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain