Tanah Runtuh: Enam Pelombong Emas Mati Tertimbus

JAKARTA: Sekurang-kurangnya enam pelombong emas haram mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Gunung Pilar, daerah kecil Jasinga, Bogor, Jawa Barat, malam Jumaat.

Ketua Bidang Pengurusan Bencana Daerah Bogor, Budi Aksomo berkata ada kira-kira 20 pelombong di kawasan itu apabila kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8 malam.

"Pada masa ini pasukan mencari dan menyelamat masih menjalankan operasi di tempat kejadian," katanya hari ini, sambil menjelaskan bahawa keadaan di tempat kejadian menyulitkan usaha menyelamat.

Budi tidak menolak kemungkinan meningkatnya jumlah mangsa kerana sehingga kini baru lapan orang yang dipastikan selamat. Sebahagian besar daripada pelombong haram itu merupakan penduduk Sukamulih, di daerah kecil Sukajaya, Bogor.

Budi berkata sejak kebelakangan ini hujan lebat di kawasan perlombongan itu telah menyebabkan tanah di situ menjadi tidak stabil. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

25 Maut Pergaduhan Puak Di Mali

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain