suria

Singapura Dan Bogota Kongsi Kepakaran Pengurusan Trafik

SINGAPURA: Singapura bersedia untuk berkongsi kepakaran pengurusan trafiknya dengan Bogota; dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara Kementerian Pengangkutan Colombia dengan International Enterprise (IE) Singapore pada Khamis di Bogota.

Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini berkata MoU itu disasarkan untuk meningkatkan intergrasi dan kecekapan sistem pengangkutan Bogota.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Colombia, Cardona Gutierrez dan Ketua Pegawai Eksekutif IE Singapura, Teo Eng Cheong.

Bogota, ibu negara Colombia, terkenal dengan transformasi jaringan pengangkutanya, yang bermula pada pertengahan 1990an.

Wakil dari sekurang-kurangnya 200 bandaraya telah melawat Bogota semenjak 2005 untuk belajar daripada inisiatif pengangkutan mampannya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain