suria

Suu Kyi Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Oxford

LONDON: Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh universiti terkemuka Britain, Universiti Oxford, kata jurucakap pemimpin itu Jumaat.

Ikon demokrasi itu akan menerima ijazah doktor falsafah dalam undang-undang sivil pada 20 Jun ini sehari selepas ulang tahun kelahiran beliau yang ke-67 dalam satu majlis khas di sini.

Penerima anugerah Nobel itu dianugerahkan ijazah kehormat oleh Oxford pada April 1993, namun disebabkan menjadi tahanan dalam tempoh yang lama, beliau tidak dapat menerima anugerah itu secara terbuka.

"Kami gembira akhirnya beliau dapat kembali ke universiti dan mengharapkan yang lebih baik dalam majlis yang sangat istimewa itu," kata Naib Canselor Oxford, Profesor Andrew Hamilton.

Artikel Sebelum

Artikel Lain