suria

Pekerjaan Impian Michelle Obama - Menjadi Beyonce

WASHINGTON: Siapa yang Michelle Obama jadi jika dia boleh memilih menjadi sesiapa sahaja? - Beyonce.

"Nampaknya seperti hanya menjadi pemuzik paling menggembirakan," Mrs Obama menjelaskan dalam satu wawancara dengan majalah 'People'.

Dia bagaimanapun mengakui bahawa beliau mempunyai satu kekurangan - bakat dalam muzik.

Wanita pertama As ini juga menceritakan mengenai waktu tidur dengan suaminya, Presiden yang menyelimutinya pada waktu malam.

"Saya biasanya paling awal berada di katil berbanding yang lain," kata wanita pertama.

"Dia akan datang dan menghidupkan lampu dan memberikan saya ciuman, dan kami berbual. Dia akan bertanya, 'Sedia untuk diselimut?' Saya menjawab, 'Ya, saya.'"

Temubual itu akan terbit dalam majalah People keluaran 4 Jun.

Mrs Obama ditemubual berkaitan buku berkebunnya yang baru yang akan dipasarkan minggu hadapan "American Grown".

Artikel Sebelum

Artikel Lain