suria

Vietnam Penjara Tiga Aktivis Edar Risalah Anti-Kerajaan

HANOI: Pegawai rasmi menyatakan bahawa mahkamah di Vietnam telah menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga setengah tahun terhadap tiga aktivis politik kerana kesalahan mengedar risalah anti-kerajaan.

Hakim Vi Van Chat yang menjalankan perbicaraan berkata bahawa ketiga-tiga mereka disabitkan kesalahan "menyebarkan propaganda menentang kerajaan" pada perbicaraan setengah hari yang berlangsung Khamis, di wilayah Nghe An.

Beliau berkata mereka juga telah diarahkan untuk berkhidmat sehingga 18 bulan dalam tahanan.

Chat enggan untuk memberi butiran lanjut.

Artikel Lain