suria

Tiga Mati Keganasan Di Penjara Mexico

MEXICO CITY: Pegawai rasmi berkata seramai tiga banduan telah terbunuh dan enam cedera dalam pertempuran bersenjata di penjara di utara Mexico, sempadan Tamaulipas.

Peguam dan ketua polis berkata pergaduhan meletus pada petang Rabu di dalam penjara di bandar Reynosa.

Tiada banduan melarikan diri, kata pegawai.

Selepas pertempuran, pegawai memasuki blok sel dan menemui dua banduan telah mati dan tujuh cedera, seorang daripadanya meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.

Pegawai-pegawai berkata dalam satu kenyataan bertulis bahawa anggota tentera dan polis persekutuan telah membantu memulihkan ketenteraman di dalam penjara.

Tiada maklumat lanjut dalam kenyataan yang diberikan.

Penjara Mexico dibelenggu rasuah dan keganasan, termasuk pergaduhan kumpulan di Nuevo Leon yang membunuh 44 tahanan pada Februari.

Artikel Lain