suria

Tiga Aktivis Dipenjara Kerana Sebar Risalah Anti Kerajaan

HANOI: Mahkamah di Vietnam menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga setengah tahun terhadap tiga aktivis politik kerana menyebarkan risalah anti kerajaan.

Hakim, Vi Van Chat dalam perbicaraan yang berlangsung selama setengah hari pada Khamis berkata, ketiga-tiga mereka disabitkan kesalahan atas penyebaran propaganda yang menentang kerajaan.

Beliau berkata, mereka turut diarahkan untuk berkhidmat dalam tahanan selama 18 bulan.

Timbalan Pengarah Asia bagi Pemerhati Hak Asasi Manusia, Phil Robertson berkata, kesemua mereka merupakan aktivis Katolik yang ditahan selepas menyebarkan bahan-bahan pro-demokrasi. - AP

Artikel Lain