suria

Ribut Tropika Landa Pantai Barat Laut Mexico

MIAMI: Ribut Tropika kini bergerak menuju ke pantai barat laut Mexico dan ramalan kaji cuaca serta Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat di Miami berkata, ia berpotensi bertukar menjadi taufan.

Kelajuan angin berada pada tahap maksimum petang semalam iaitu hampir 100 kph.

Pusat kaji cuaca menasihatkan penduduk di sepanjang pantai barat daya Mexico supaya berjaga-jaga dengan keadaan semasa.

Bagaimanapun, tiada sebarang amaran atau larangan ke pantai dikeluarkan. - AP

Artikel Lain