suria

Penerbangan Terus Jaipur-Malaysia Tidak Lama Lagi

NEW DELHI: Penerbangan terus ke Jaipur, India, dari Malaysia dan lain-lain negara akan menjadi kenyataan dalam masa 18 bulan apabila kerja-kerja penambahan landasan kapal terbang bandaraya itu disiapkan.

Lapangan terbang Jaipur pada masa ini hanya sepanjang 9,000 kaki, tidak mencukupi untuk operasi kapal terbang yang besar, termasuk Boeing 747 dan Airbus.

"Landasan yang lebih panjang akan membantu kami menggendalikan pesawat yang lebih besar," kata pengarah Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India, Jaipur, Paul Manickam dipetik sebagai berkata dalam satu temubual dengan Times of India.

Sungguhpun lapangan terbang Jaipur menerima taraf antarbangsa pada 2006, dan dilengkapkan dengan bangunan terminal baharu dan kawalan trafik udara, ia gagal untuk berfungsi sepenuhnya sebagai lapangan terbang antarabangsa berikutan ketiadaan landasan yang sekurang-kurangnya sepanjang 11,500 kaki, kata akhbar berbahasa Inggeris itu. - BERNAMA

Artikel Lain