suria

Sekurang-Kurangnya 20 Terbunuh, 60 Cedera Serangan Berani Mati Di Yaman

SANAA: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lebih 60 lagi cedera apabila seorang lelaki berpakaian seragam askar meletupkan dirinya pada raptai perbarisan tentera di Sanaa, Yaman, pada Isnin, kata sumber polis.

Menteri Pertahanan Yaman dan ketua kakitangan turut hadir tetapi tidak mengalami kecederaan, kata sumber tentera.

Yaman menjadi 'rumah' kepada al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), yang mana Amerika Syarikat (AS) melihatnya sebagai ancaman keselamatan utama, bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di tanah AS.

Militan telah mengeksploitasi ketidakstabilan politik di Yaman untuk bertapak di negara lumpuh itu sepanjang 2011.

Seorang saksi dari Reuters berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital dengan teksi.

Perbarisan itu dijadualkan untuk Hari Kebangsaan Yaman pada Selasa dan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi dijangka akan hadir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain