suria

Qantas Kurangkan 500 Pekerjaan, Banyak Lagi Akan Dikurangkan

MELBOURNE: Qantas Airways berkata lebih banyak pekerjaan dirancang akan dikurangkan selepas mengesahkan bahawa ia akan mengurangkan 500 pekerjaan penyelenggaraan.

Ketua Eksekutif Qantas Alan Joyce berkata keputusan untuk menghentikan kerja penyelenggaraan berat di Lapangan Terbang Tullamarine di sini, yang akan menjimatkan antara A$70 juta dan A$100 juta setahun, adalah berikutan penggunaan kumpulan pesawat yang lebih moden yang kurang memerlukan kerja penyelenggaraan.

"Kerja ini tidak diperlukan lagi. Saya rasa keputusan ini menjawab keperluan perniagaan kami sambil memastikan kami mengekalkan keupayaan kejuruteraan Qantas yang kukuh," katanya yang dipetik oleh Australian Associated Press sebagai memberitahu pemberita di Sydney Isnin.

Setiausaha Kesatuan Sekerja Australia Cawangan Victoria Cesar Melham telah meminta kerajaan campur tangan.

"Ini perlu dilakukan demi kepentingan keupayaan dan masa depan keselamatan negara. Kita tiada jaminan dari Qantas mengenai cara mereka memastikan daya maju jangka panjang penyelenggaraan pesawat di negara ini," katanya.

Brisbane kini akan melaksanakan penyelenggaraan berat pesawat Boeing 737 Qantas yang sebelum ini dilakukan di Tullamarine dan Airbus A330. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain