suria

Pengebom Bali Dicadang Penjara Seumur Hidup

JAKARTA: Pendakwa raya Indonesia pada Isnin memohon hukuman penjara seumur hidup, bukan hukuman mati terhadap Umar Patek, suspek utama dalam serangan bom di Bali pada 2002.

"Kami pendakwa raya mencadangkan...defendan Umar Patek agar dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

"Dia telah memberi kerjasama sepanjang perbicaraan dan menyesali jenayah yang dilakukannya," katanya.

Umar didakwa menjadi dalang utama serangan ke atas dua kelab malam di Bali yang mengorbankan 202 nyawa dan sebuah gereja di Jakarta menjelang Hari Krismas tahun 2000.

Beliau bagaimanapun menyuarakan kekesalan sambil memberitahu dia tidak mengetahui mengenai sasaran pengeboman tersebut.

Dia yang ditahan di Pakistan iaitu di bandar sama tempat Osama bin Laden dibunuh, mengaku mencampurkan bahan letupan itu tetapi mendakwa peranannya hanya kecil berbanding yang dituduh oleh pendakwa raya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain