suria

Penganjur Bingung Pendirian Polis Tentang Konsert Lady Gaga

Sekumpulan peminat Lady Gaga memegang kad yang tertera "Indonesia Wants Gaga" (Indonesia Mahu Gaga) di Jakarta, baru-baru ini, sebahagian daripada sokongan mereka supaya konsert diva pop dari Amerika Syarikat itu diteruskan. - AFP
Sekumpulan peminat Lady Gaga memegang kad yang tertera
Sekumpulan peminat Lady Gaga memegang kad yang tertera "Indonesia Wants Gaga" (Indonesia Mahu Gaga) di Jakarta, baru-baru ini, sebahagian daripada sokongan mereka supaya konsert diva pop dari Amerika Syarikat itu diteruskan. - AFP

JAKARTA: Polemik dan kontroversi tentang konsert penghibur terkenal Hollywood, Lady Gaga yang dijadualkan di Jakarta pada 3 Jun ini nampaknya masih belum jelas kesudahannya.

Polis Indonesia pada mulanya mengizinkan penjualan tiket, kemudian melarang konsert itu tetapi kemudiannya memberi isyarat akan membenarkannya dengan bersyarat, namun sehingga ini belum ada sebarang jawapan pasti mengenai perkara itu.

Penganjur konsert Lady Gaga di Indonesia, Big Daddy Entertainment menegaskan mereka bersedia untuk berbincang dengan pihak yang membantah penganjuran konsert itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Jakarta bagi mencari penyelesaian.

Peguam Big Daddy Entertainment, Minola Sebayang berkata, pihaknya bersedia duduk semeja dengan pihak penentang itu khususnya Front Pembela Islam (FPI).

"Apa yang diinginkan oleh penganjur ialah konsert yang beretika dan bermartabat dengan menjunjung tinggi adat ketimuran,” kata Minola di sini, Selasa.

Peguam itu berkata, sebelum ini dalam permohonannya kepada pihak polis pada 8 Mac untuk kebenaran menjual tiket, sudah jelas tertulis bahawa penganjur bersedia memberikan komitmen untuk menyelenggarakan konsert penyanyi itu secara sopan.

“Dalam surat itu juga, Big Daddy Entertainment turut menyatakan konsert Lady Gaga tidak akan melanggar adat ketimuran,” katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain