suria

Lelaki cabul 67 Kanak-kanak Dipenjara 18 Tahun

AMSTERDAM: Mahkamah di sini menjatuhi hukuman penjara selama 18 tahun dan mewajibkan pemeriksaan psikologi terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah mencabul kanak-kanak, merakam dan menyiarkan perbuatan tersebut di internet.

Robert Mikelson, 28, didakwa mencabul seramai 67 kanak-kanak tadika termasuk bayi pada 2010, lapor radio penyiaran RNW.

"Saya minta maaf dan tiada niat untuk melakukan semua ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain