Will Smith Tampar Wartawan Cuba Menciumnya - Dunia | mStar

Will Smith Tampar Wartawan Cuba Menciumnya

MOSCOW: Bintang Hollywood Will Smith menampar seorang wartawan televisyen lelaki yang dikatakannya cuba mencium bibirnya ketika berjalan di permaidani merah untuk tayangan perdana "Men In Black III" di Moscow.

Wartawan dari televisyen Ukraine saluran 1 +1, Vitalii Sediuk, menjadi tajuk utama di Festival Filem Venice pada September apabila dia telah menyampaikan sejambak bunga hydrangea ungu, tidak menghormati Madonna, sambil memanggilnya "puteri saya."

Wartawan tersebut, malam Jumaat, mendekati Smith dan mengajaknya ke permaidani di luar pawagam dan cuba untuk menciumnya.

"C'mon man, what the hell is your problem buddy?" kata Smith sambil menolak Sediuk dan menampar perlahan pipi dengan tangan kirinya.

"Dia beruntung saya tidak menumbuknya," kata Smith kepada wartawan dan peminat yang ramai.

"Oh, saya berkata ini di hadapan kamera. Ia bagus sekali."

Smith berkata beliau menganggap Sediuk cuba mencium mulut, tetapi ia tidak jelas sama ada wartawan itu berniat berbuat demikian atau hanya mahu mencium pipinya kerana beliau segera berpaling untuk mengelak.

Madonna menolak pemberian di Venice dan berkata:

"Saya benar-benar benci bunga hydrangea. Dia menyembunyikan bunga di bawah meja sebelum memulakan sidang akhbar."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain