suria

Tiga Pendaki Mati Di Gunung Everest

KATHMANDU: Tiga pendaki telah meninggal dunia dalam perjalanan turun dari puncak Gunung Everest, kata ejen pelancongan dan pegawai, Isnin, menjadikan jumlah kematian di puncak tertinggi dunia pada musim ini sebanyak lima.

Warga Jerman berusia 61 tahun dan rakyat Korea Selatan berusia 44 tahun meninggal dunia di selatan gunung pada Ahad, kata Ang Tshering Sherpa dari agensi pengembaraan Trekking Asia yang berpangkalan di Kathmandu.

"Kami sedih untuk mengumumkan kematian Eberhard Schaaf, dari Jerman, di sebelah selatan puncak Gunung Everest," kata Sherpa kepada AFP.

"Kakitangan perubatan di Persatuan Penyelamat Himalaya percaya punca kematian disebabkan penyakit berkaitan ketinggian."

Sherpa berkata Song Won-Bin dari Korea Selatan, yang telah hilang sejak Sabtu lalu, meninggal dunia di "The Balcony", sebuah kawasan berhampiran bahagian atas, 8848 meter (29.029 kaki) dari puncak.

Tilak Pandey, pegawai rasmi kementerian pelancongan di kem asas Everest, memberitahu AFP secara berasingan bahawa seorang wanita bernama Shriya Shah juga telah terbunuh pada Ahad.

"Kebanyakan kematian ini berlaku disebabkan oleh penyakit 'altitude'," kata Sherpa.

"Pendaki menghabiskan tenaga mereka ketika mendaki dan mereka keletihan serta lesu ketika turun."

Beliau menambah pendaki Cina dan pemandu gunung Nepal juga telah hilang.

Artikel Lain