suria

Tiga Mati Gempa Bumi Di Itali

ROME: Laporan berita Itali menyatakan seramai tiga orang telah terbunuh dalam gempa bumi berukuran 5.9 magnitud yang melanda utara Itali berhampiran Bologna.

Gempa bumi melanda selepas pukul 4 pagi, Ahad, berpusat 35 kilometer (21,75 batu) dari utara - barat laut Bologna pada kedalaman yang agak cetek iaitu 10 kilometer (6 batu), menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Agensi berita Itali, ANSA, memetik perkhidmatan kecemasan sebagai berkata, dua orang terbunuh di Sant'Agostino di Ferrara apabila sebuah kilang seramik runtuh. Seorang lagi terbunuh di Ponte Rodoni do Bondeno.

Pada akhir Januari, Gempa 5.4 magnitud menggegar utara Itali.

Beberapa bangunan pejabat di Milan telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada tahun 2009, gempa bumi dahsyat mengorbankan lebih daripada 300 orang di pusat bandar L'Aquila.

Artikel Lain