suria

Pengebom Lockerbie Meninggal Dunia

TRIPOLI: Bekas ejen Libya, Abdelbaset Ali Mohmet al-Megrahi yang merupakan satu-satunya individu disabit kesalahan berhubung pengeboman Lockerbie pada Disember 1988 yang meragut 270 nyawa, disahkan meninggal dunia, Ahad.

Abangnya, Abdelhakim al-Megrahi berkata, Abdelbaset disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan.

Pada 2001, Abdelbaset didapati bersalah oleh mahkamah Scotland atas tuduhan melakukan pengemboman ke atas pesawat Pan Am 103 pada 1998.

Namun dia dibebaskan pada 2009 selepas doktor memaklumkan dia hanya mempunyai tempoh selama tiga bulan untuk hidup.

Artikel Lain