suria

Pengasas Facebook Tukar Status Kepada 'Berkahwin'

CALIFORNIA: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg, pada Sabtu mengemaskini statusnya kepada "berkahwin".

Zuckerberg dan Priscilla Chan yang berusia 27 tahun itu berkahwin pada satu upacara kecil di rumahnya Palo Alto, California, menjadikan minggu ini sibuk untuk pasangan itu.

Zuckerberg menyenaraikan syarikatnya dalam satu penyenaraian saham yang dinanti-nantikan dalam sejarah Wall Street pada Jumaat.

Chan, bergraduat pada Isnin, dari sekolah perubatan di Universiti California, San Francisco, hari yang sama Zuckerberg berusia genap 28 tahun.

Pasangan itu bertemu di Harvard dan telah bersama selama lebih daripada sembilan tahun.

Seorang jurucakap syarikat itu berkata Zuckerberg mereka bentuk cincin perkahwinannya sendiri.

Majlis perkahwinan diadakan di belakang rumah Zuckerberg yang mana kurang daripada 100 orang tetamu pada awalnya berfikir mereka berada di sana untuk meraikan Chan yang tamat pengajian.

Walaupun selepas menyenaraikan saham, Zuckerberg kekal pemegang saham tunggal terbesar di Facebook, dengan 503,6 juta saham.

Beliau mengawal syarikat dengan 56 peratus saham.

'Tapak Facebook' yang dibina di dalam bilik asrama lapan tahun lalu dan telah berkembang menjadi rangkaian sosial di seluruh dunia dengan hampir satu bilion orang.

Zuckerberg mengasaskan Facebook di Harvard pada tahun 2004.

Beliau telah dinamakan sebagai 'Time's Person of the Year' pada 2010 pada usia 26 tahun.

Zuckerberg dibesarkan di Dobbs Ferry, New York.

Artikel Lain