suria

Terowong Meletup Di China, 20 Pekerja Terkorban

BEIJING: Satu letupan di dalam terowong telah membunuh 20 pekerja di tapak pembinaan lebuh raya di bahagian tengah China.

Letupan di wilayah Hunan pada Sabtu juga menyebabkan seorang tercedera, kata dua pegawai dari biro keselamatan kerja wilayah.

Mereka hanya memberikan nama keluarga mereka iaitu Li dan Yang, amalan biasa di kalangan kakitangan kerajaan China.

Letupan itu berlaku apabila kenderaan memunggah bahan letupan di dalam terowong lebuh raya yang masih dalam pembinaan antara Yanling dan Rucheng di Hunan, kata agensi berita rasmi Xinhua.

Seramai 20 pekerja mati dalam letupan dan satu mayat telah dikeluarkan, lapor Xinhua.

Empat pekerja lain terselamat tetapi mengalami kecederaan, dan seorang dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Kemalangan dan letupan adalah biasa di China akibat penguatkuasaan dan tahap keselamatan yang longgar.

Pada November, letupan di barat daya China membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan kira-kira 200.

Ia berlaku disebabkan tiga kenderaan sarat bahan letupan yang terbakar dan juga memusnahkan sebuah garaj dan sebuah gudang makanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain