suria

Seorang Maut, Enam Cedera Bom Meletup Di Hadapan Sekolah

Sebutir bom meletup di hadapan sebuah sekolah di selatan bandar Brindisi, Itali pada Sabtu.
Sebutir bom meletup di hadapan sebuah sekolah di selatan bandar Brindisi, Itali pada Sabtu.
Sebutir bom meletup di hadapan sebuah sekolah di selatan bandar Brindisi, Itali pada Sabtu.

ROME: Sebutir bom meletup di hadapan sebuah sekolah di selatan bandar Brindisi, Itali pada Sabtu dan menyebabkan seorang terbunuh manakala enam lagi cedera parah.

Menurut seorang pegawai perlindungan awam, lebih daripada satu bom digunakan dalam letupan tersebut yang berlaku ketika murid-murid sedang berjalan kaki ke sekolah itu.

"Melihat kepada kesan letupan itu, ia mungkin disebabkan oleh sejenis bom berkuasa tinggi," katanya.

Beberapa media tempatan melaporkan bahawa bom tersebut diletakkan di dalam sebuah bekas sampah di luar perkarangan sekolah terbabit.

Sehingga kini, tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu dan tiada petunjuk mengenai siapa yang meletakkan bom itu.

Menteri Dalam Negeri, Anna Maria Cancellieri beberapa hari lalu mengumumkan rancangan untuk memperketatkan kawalan keselamatan di beberapa kawasan sasaran utama termasuk bangunan pejabat selepas menerima ancaman terhadap pegawai cukai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain