suria

Kumpulan Penganut Kristian Filipina Bantah Konsert Lady Gaga

MANILA: Kira-kira 70 belia penganut Kristian di Filipina melaungkan "Hentikan KOnsert Lady Gaga" dalam satu perhimpunan menyeru persembahan penyanyi itu di Manila minggu depan dibatalkan.

Ahli-ahli kumpulan tersebut - Belia Biblemode Filipina, pada Jumaat berkata mereka tersinggung dengan muzik dan video Lady Gaga, khususnya lagu "Judas," yang mereka katakan mempersendakan Jesus Christ.

Pemimpin protes dan bekas Ahli Kongres Filipina Ben Abante berkata kumpulan itu merancang untuk memfailkan kes terhadap Lady Gaga dan penganjur konsert jika dia menyanyikan lagu "Judas" di konsert gig Manila pada Isnin dan Selasa.

Bekas Datuk Bandar Manila, Jose Atienza berkata penyanyi dan penganjur boleh dihukum kerana menyinggung perasaan bangsa atau agama.

Lady Gaga membatalkan konsert di Indonesia berikut bantahan dari konservartif Islam.

Artikel Lain