suria

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Di Luar Pantai Chile

SANTIAGO: Gempa bumi dengan kekuatan magnitud 6.2 telah melanda luar pantai selatan Chile, tetapi pihak berkuasa berkata gegarannya tidak dirasai di atas darat dan tidak ada kemungkinan berlakunya tsunami.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata pusat gempa gempa adalah 336 batu (542 kilometer) dari barat - barat daya Castro, Los Lagos.

Ia melanda pada Khamis petang waktu tempatan di luar pantai wilayah Aysen dan pada kedalaman 6.2 batu (10 kilometer).

Gabenor Aysen Pilar Cuevas berkata gempa bumi itu "tidak dirasai di Coyhaique atau Puerto Aysen dan penduduk tetap tenang."

Pejabat Kecemasan Kementerian Dalam Negeri berkata tiada kerosakan kepada infrastruktur dilaporkan.

Perkhidmatan Hidrografi dan Oseanografi Chile berkata ciri-ciri gempa bumi itu tidak menjana syarat berlakunya tsunami di luar pantai Chile.

Artikel Lain