suria

Pembunuh John Lennon Dipindahkan Ke Penjara Lain

NEW YORK: Pembunuh John Lennon telah dipindahkan ke satu lagi penjara dengan keselamatan maksimum di New York.

'The Buffalo News' melaporkan bahawa Mark David Chapman, berusia 57 tahun telah dipindahkan pada Selasa dari pusat tahanan Attica ke pusat tahanan Wende yang berhampiran.

Seorang jurucakap bagi sistem penjara negeri berkata agensi itu tidak mendedahkan mengapa tahanan dipindahkan.

Chapman menembak Lennon pada Disember 1980 di luar bangunan pangsapuri di Manhattan di beliau tinggal.

Chapman mengaku bersalah membunuh dan dijatuhi hukuman pada tahun 1981.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain