suria

Isteri Robert F.Kennedy Ditemui Mati Di Kediamannya

NEW YORK: Mary Kennedy, isteri kepada Robert F. Kennedy Jr yang tinggal berasingan, ditemui mati pada Rabu di rumahnya di pinggir bandar New York, kata seorang pegawai.

Dia berusia 52 tahun.

"Kami amat kesal dengan kematian Mary yang kami cintai," kata keluarga Mary Kennedy dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya.

Tidak ada rujukan tentang punca kematian.

Mayatnya ditemui oleh polis di sebuah bangunan di kawasan hartanah Kennedy di Mount Kisco, menurut kenyataan polis.

Pejabat pemeriksa perubatan mengesahkan identiti sebagai Mary Kennedy.

Pasangan ini menfailkan perceraian pada tahun 2010 tetapi ia tidak pernah dimuktamadkan, kata Kerry Lawrence, peguam untuk Mary Kennedy.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain