suria

Polis Thailand Rampas Bangkai Harimau Dari Malaysia

BANGKOK: Polis Thailand menahan dua lelaki yang disyaki menyeludup bangkai dua harimau dan dua harimau bintang dari Malaysia.

Suspek, seorang rakyat tempatan dan seorang warga Vietnam, ditangkap di Kannayao di sini, Rabu.

Timbalan Ketua Biro Siasatan Pusat Mej Jen Sriwara Rangpramnakun berkata siasatan awal mendapati bangkai itu dirancang untuk diseludup ke pasaran China melalui Thailand, Laos dan Vietnam.

Katanya bangkai berkenaan diseludup dari Malaysia melalui Sadao di Songkhla. Polis berkata suspek menyatakan setiap bangkai haiwan itu boleh dijual pada harga 700,000 Baht (RM70,000). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain