suria

Pengarah Berita Di Honduras Ditemui Mati

HONDURAS: Pengarah berita bagi satu stesen radio yang paling penting di Honduras ditemui mati, hampir seminggu selepas dia diculik.

Jurucakap Kementerian Keselamatan Hector Ivan Mejilla berkata Alfredo Villatoro ditemui mati pada Selasa di bandar Tegucigal, Honduras .

Mejilla berkata Villatoro didapati ditembak di kepala dan memakai pakaian seragam pasukan polis elit atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Dia berpakaian biasa ketika diculik pada 9 Mei.

Mejilla dan polis kedua-duanya berkata kes itu dilihat bermula dengan penculikan. Permintaan wang tebusan telah dihantar.

Villatoro, pengarah berita di radio RHN dan telah terlibat dengan berita yang disiarkan pada waktu pagi selama 20 tahun.

Agensi hak asasi manusia kerajaan berkata 22 wartawan telah terbunuh di Honduras sejak awal 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain