suria

Lee Lawat Tapak Tragedi Berdarah di Yangon

YANGON, Myanmar: Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak bertemu dengan pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi sebelum melawat tapak tragedi berdarah 1983 yang dilancarkan komando Korea Utara ke atas orang kenamaan dari Korea Selatan.

Kawalan keselamatan begitu ketat ketika Lee melawat Yangon pada Selasa.

Beliau adalah pemimpin Korea Selatan pertama yang berkunjung ke Myanmar sejak tragedi berdarah yang mengorbankan puluhan rakyat negara itu.

Pasukan polis turut mengadakan sekatan jalan sehingga menyebabkan kesesakan jalan di bandar itu.

Selepas bertemu Suu Kyi, Lee dijadualkan melawat tapak pengeboman yang dikenali sebagai Makam Martyr, tugu peringatan bapa Suu Kyi, Jeneral Aung San iaitu seorang hero kemerdekaan negara.

Serangan itu menyebabkan 21 maut, 17 daripada terdiri daripada pembesar Korea Selatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain